Atilia Haron
Atilia Haron | |
|---|---|
Atilia Haron dalam filem KIL. | |
| Kelahiran | Raja Putri Atilia binti Raja Haron 15 September 1974 |
| Pekerjaan | Penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, peragawati |
| Tahun aktif | 1998 - kini |
| Laman web rasmi | www |
Atilia Haron (dilahirkan sebagai Raja Putri Atilia Raja Haron[1]) merupakan seorang penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan peragawati. Beliau dilahirkan di Muar, Johor pada 15 September 1974.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari kecil. Beliau juga mempunyai pertalian yang kuat dengan muzik kerana diberikan galakan yang kuat dari ibunya, Salamiah Hassan yang juga seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Apabila beliau berumur 12 tahun, beliau telah dipilih sebagai penyanyi utama untuk iklan komersial Coca-Cola yang mewakili serantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura yang diadakan di Liverpool, England. Dua tahun selepas itu, beliau merakamkan lagu duet bersama ibunya menerusi lagu "Kadangkala" untuk dimuatkan di dalam album ibunya, Menghitung Hari.[2]
Penglibatan dalam pertandingan tarian
[sunting | sunting sumber]Beliau juga pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti mengenai tarian yang diterbitkan oleh Astro[3] bersama bekas suaminya[4], Ariff Johan Abdul Aziz.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2012 | Untuk Tiga Hari | Adik Armi | |
| 2013 | KIL | Isteri Johan | |
| 2026 | Mojoku Hilang | Dangdut Diva |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Arluna | Azimah | Astro Prima | Drama pertama |
| 2022 | Jangan Menangis Cinta | Amirah | Astro Ria | |
| 2023 | Liar | Inspektor Rita Samsuddin |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2009 | SMS - Silap Mesej Suami | Astro Warna | ||
Drama web
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | Satu, Dua...Dia? | Rania | Viu | Drama web pertama |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2009 | Ek eleh! Afdlin | Dirnya sendiri | Astro Warna | |
| 2020 | Dansa Dan Sing | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama Yasmin Hani & The Lola |
Animasi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2022 - 2023 | Leo the Wildlife Ranger | Ranger Joey | TV9 | Suara |
Teater
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2011 | Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal | Faizah |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Nota | Hasil |
|---|---|---|---|
| 2008 | Artis Baru Terbaik | Beliau telah tewas kepada empat pesaing lain (Anugerah Industri Muzik ke-15). | Tercalon |
| Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) | Beliau tercalon dalam kategori ini menerusi penglibatannya dalam album Sangkar (Anugerah Industri Muzik ke-15). | Tercalon | |
| Video Muzik Terbaik | Beliau memenangi kategori ini melalui video muzik Sangkar, hasil arahan Sean Chan (Anugerah Industri Muzik ke-15). | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Si cilik IK4!
- ↑ "About Atilia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-23. Dicapai pada 9 Oktober 2012.
- ↑ "Sein Ruffedge dan Nana bercerai". 8 Disember 2010. Dicapai pada 7 Julai 2012.
{{cite web}}: Check date values in:|accessdate=(bantuan) - ↑ Atilia bercerai.
- ↑ Keindahan jazz Atilia.
- ↑ Atilia ingin aktif di Indonesia.