Pergi ke kandungan

Hikawa Maru

Sejarah
Jepun
Nama: Hikawa Maru
Bersempena dengan: Hikawa Shrine, Saitama
Pemilik:
Pengguna:
Pendaftaran pelabuhan: Yokohama
Laluan: Yokohama – Vancouver – Seattle
Pembina: Yokohama Dock Co.
Dibaringkan: 9 November 1928[1]
Dilancarkan: 30 September 1929[1]
Pelayaran sulung: 13 Mei 1930[1]
Ditarik keluar dari perkhidmatan: 21 Disember 1960[2]
Pengenalan: H-022 (dengan SCAJAP, 1945–47)
Status: Kapal muzium sejak 1961[1]
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kelas Hikawa Maru
Jenis:
Berat (tan): 11,622 GRT
Panjang: 163.3 m (535 ka 9 in)
Lunas: 20.1 m (65 ka 11 in)
Jana kuasa:
Halaju: 18.38 knot (34.04 km/j; 21.15 mph)[2]
Kapasiti:
  • 331 penumpang:
  • 75 kelas pertama
  • 70 kelas pelancong
  • 186 keals ketiga[perlu rujukan]
Krew: 147 (termasuk tambahan 16)[2]
Nota:

Hikawa Maru (氷川丸) ialah sebuah kapal laut Jepun yang telah bersara yang dibina oleh Yokohama Dock Company untuk NYK Line. Kapal ini dilancarkan pada 30 September 1929 dan memulakan pelayaran sulungnya dari Kobe ke Seattle pada 13 Mei 1930.[1] Kini, kapal ini berlabuh kekal sebagai kapal muzium di Taman Yamashita, Naka-ku, Yokohama.

Hikawa Maru merupakan salah satu daripada tiga buah kapal motor dalam kelas-Hikawa Maru,[1][3] kesemuanya dinamakan sempena kuil Shinto utama. Kuil Hikawa terletak di Saitama di bahagian tengah Honshu. Kedua-dua buah kapal kembarnya hilang dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Heian Maru dan Hie Maru.[1]

Perkhidmatan awam

[sunting | sunting sumber]
Hikawa Maru dalam pelayaran sulungnya, 22 Mei 1930

Hikawa Maru dan kapal kembarnya berkhidmat dalam laluan tetap antara Yokohama, Vancouver dan Seattle.[1] Kapal ini terkenal dengan perkhidmatan yang digabungkan dengan makanan yang lazat serta hiasan dalaman seni deco yang cantik. Kapal ini digelar sebagai "Ratu Pasifik" (The Queen of the Pacific)[4]

Charlie Chaplin mengembara menggunakan Kapal ini dalam sebahagian daripada Kembara Dunia beliau pada 1932.[1] Pada Disember, Korean independence activist Lee Bong-chang menggamibil Kapal ini dari Shanghai ke Kobe di dalam perjalanannya untuk  percubaan membunuh Emperor Hirohito.[5] Kanō Jigorō, pengasas Judo dan wakil Jepun dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mati ketika menaiki Kapal ini pada 1938.[6]

Pada 1940–41, sebelum Serangan Pearl Harbor, ratusan pelarian Yahudi melarikan diri daripada Nazisme ke Canada dan Amerika Syarikat melalui Jepun dan kebanyakkan mereka menaiki Hikawa Maru.[1] Pada Ogos 1940, rombongan sebanyak 82 orang Yahudi German dan orang Yahudi Lithuania telah mengembara dari USSR dan Vladivostok memasuki Seattle menggunakan Hikawa Maru.[7] Kemudiannya, Rabai Zerach Warhaftig dan keluarganya melancong Timur dari  Lithuania ke Jepun. Mereka meninggalkan Yokohama diatas Hikawa Maru pada 5 Jun 1941 dan mendarat di Vancouver, British Columbia, Canada, pada 17 Jun.[7][8] Beliau menggambarkan Kembara itu sebagai "cuti musim panas dengan keadaan perang yang kelihatan amat jauh sekali". Walau bagaimanapun, beliau juga berkata, "Fikiran saya tidak aman kerana tanggungjawab kuat yang saya tanggung untuk membantu pelarian Yahudi menghadapi kesusahan yang mereka alami."[7][8]

Pada Julai 1941, AS dan negara lain yang memusuhi penjajahan Jepun terhadap penakluhan mereka atas Indochina Perancis telah mengarahkan rampasan terhadap aset-aset Jepun.[9] Bagaimanapun, Amerika Syarikat memberikan jaminan bahawa kapal-kapal tersebut tidak akan dirampas, jadi Heian Maru dan Hikawa Maru dapat meneruskan perkhidmatan tetap mereka ke pelabuhan Amerika.[9] Pada Oktober 1941, Hikawa Maru menjadi kapal NYK terakhir yang melawat pelabuhan Amerika sebelum Jepun dan AS berperang.[9] Kapal ini membawa pelarian Amerika ke Seattle, dan dalam pelayaran pulangnya, ia memulangkan 400 warganegara Jepun.[9]

Wartime hospital ship

[sunting | sunting sumber]
Hikawa Maru sebagai Kapal hospital, 1941–1945

Pada 1 Disember 1941, seminggu sebelum Serangan Pearl Harbor, limbungan Mitsubishi Zosen di Yokohama bermula menukarkan Hikawa Maru menjadi sebuah Kapal hospital. Kerja ini disiapkan pada 21 Disember.[1] Kapal ini merawat mangsa korban Jepun dari serangan Pasukan Petugas 8 Amerika Syarikat ke atas Kwajalein dan Wotje pada Februari 1942 serta memulangkan pesakit yang tercedera parah ke Yokosuka.[1] Pada 15 Jun 1942, kapal Jepun Japanese cruiser Nagara membawa kira-kira 500 orang Jepun yang tercedera akibat Pertempuran Midway ke Hashirajima, di mana mereka dipindahkan ke Hikawa Maru.[1]

Hikawa Maru mengalami tiga insiden kerosakan akibat periuk api. Yang pertama berlaku pada 3 Oktober 1942 semasa memasuki pelabuhan di Surabaya, Java.[1] Kapal ini dibaiki di pelabuhan dan berlepas pada 10 Oktober.[1] Yang kedua berlaku pada 15 Julai 1944 apabila periuk api magnet merosakkannya berhampiran Kepulauan Caroline.[1] Kapal ini berhenti di Davao, Filipina pada 19–26 Julai untuk pemeriksaan kerosakan dan pada 1 Ogos tiba di Yokosuka untuk pembaikan.[1] Yang ketiga berlaku pada 17 Februari 1945 selepas meninggalkan Pelabuhan Singapura.[1] Buritannya melanggar periuk api di Selat Singapura tetapi kapal ini kembali ke pelabuhan dan dibaiki.[1] Pada Mac dan April, limbungan kapal Mitsubishi di Yokohama melakukan pembaikan lanjut dari 21 Jun hingga 4 Julai. Kapal ini diletakkan di dok kering di Maizuru.[1]

Perkhidmatan pasca perang

[sunting | sunting sumber]
Hikawa Maru dan tempat berlabuh kekalnya di Taman Yamashita, Naka-ku, Yokohama

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos, Hikawa Maru merupakan salah satu daripada hanya dua kapal penumpang besar Jepun yang terselamat daripada perang. Kapal yang lain itu merupakan kapal Osaka Shosen Kaisha's Takasago Maru.[1] Hie Maru dan Heian Maru telah ditukarkan menjadi kapal tender kapal selam dan telah diserang dan tenggelam pada 1943 dan 1944.[1]

Pendudukan Jepun telah bermula pada September 1945 dan Shipping Control Authority for the Japanese Merchant Marine (SCAJAP) merampas Hikawa Maru sebagai kapal nombor H-022.[1] Kapal ini memulangkan beribu-ribu askar Jepun dan penduduk awam dari Kepulauan Pasifik, Korea, Hindia Timur Belanda dan China sehingga Ogos 1946, apabila ia berlabuh di Yokohama untuk pembaikan.[1]

Pada 1947, SCAJAP memulangkan Hikawa Maru kepada NYK. Walaupun mempunyai kapasiti penumpang, kapal ini kebanyakannya beroperasi sebagai kapal kargo sehingga 1960.[1] Kerjanya termasuk mengangkut kargo am antara Jepun dan Pantai Timur Amerika Syarikat, perkhidmatan tetap antara Jepun dan Burma pada 1949, dan bijih besi dari Thailand.[1] Semasa perang, NYK telah kehilangan 172 kapal yang berjumlah 1.028 juta Tan bersih daftar,[1] yang mungkin menjelaskan mengapa syarikat tersebut menggunakan kapal laut untuk mengangkut kargo.

Pada 1953, NYK menukarkan Hikawa Maru kembali menjadi kapal laut dan mengembalikannya ke laluan pra-perang Yokohama–Seattle.[1] Kapal ini kekal menggunakan laluan ini sehingga NYK melucutkan tugasnya pada 21 Disember 1960.[1] Perkhidmatan masa damainya di laluan tersebut dari 1930–1941 dan 1953–1960 berjumlah 238 pelayaran dan 25,000 penumpang.[1]

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1961, Hikawa Maru telah berlabuh kekal di Taman Yamashita, Naka-ku, Yokohama, sebagai muzium terapung, hotel dan restoran.[1] Pada 2005, pemilik kapal ini mengumumkan bahawa mereka mengalami kerugian yang besar dan bercadang untuk menjual Hikawa Maru.[1] Pada Disember 2006, muzium kapal ini ditutup dan timbul keraguan tentang masa depannya.[perlu rujukan] Namun, NYK Line membiayai pemuliharaannya yang bermula pada Ogos 2007. Kapal ini dinamakan semula sebagai NYK Hikawamaru dan dibuka semula kepada orang awam di Taman Yamashita pada 25 April 2008.[1]

Pada 17 Ogos 2016, Hikawa Maru telah diiktiraf secara rasmi sebagai Harta Budaya Penting oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun.[10]

  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 Hackett, Bob; Kingsepp, Sander; Cundall, Peter (1998–2011). "IJN Hospital Ship Hikawa Maru: Tabular Record of Movement". Japanese Hospital Ships. Dicapai pada 16 April 2013.
  2. 1 2 3 "NYK Hikawa Maru Official Site : History of Hikawa Maru". Dicapai pada 2024-04-23.
  3. ↑ Tate 1986, m/s. 124.
  4. ↑ Goossens, Reuben. "MV Hikawa Maru". ssMaritime. Dicapai pada 16 April 2013.
  5. ↑ 손, 세일 (2006-05-15). "孫世一의 비교 評傳 (50)" [Son Sae-il's Comparative Critical Biography (50)]. monthly.chosun.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2023-08-17.
  6. ↑ "Dr. Jigoro Kano, 78, of Olympic Group; Japan's Representative on the Committee Dies at Sea". The New York Times. 4 May 1938. m/s. 23. Dicapai pada 16 April 2013.
  7. 1 2 3 Goossens, Reuben. "Family Schlesinger arrives in Seattle escaping from the Nazis". ssMaritime. Dicapai pada 16 April 2013.
  8. 1 2 Warhaftig 1988, m/s. 239.
  9. 1 2 3 4 Tate 1986, halaman 124
  10. ↑ "Hikawa Maru Designated as Important Cultural Property - First Transoceanic Liner Recognized -". NYK Line. 21 September 2016. Dicapai pada 11 Mei 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

35°26′48″U 139°39′05″T / 35.44667°U 139.65139°T / 35.44667; 139.65139