Kod IP

- IP = Perlindungan Ingress
- 2 = nombor dari 0 hingga 6, atau X
- 3 = nombor dari 0 hingga 9, atau X
- C = (pilihan) abjad A, B, C or D
- H = (optional) abjad H, M, S or W


Kod IP atau Kod Perlindungan Ingress (bahasa Inggeris: IP Code dan Ingress Protection code) menunjukkan sejauh mana peranti dilindungi daripada air dan habuk. Ia ditakrifkan oleh Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) di bawah standard antarabangsa IEC 60529[1] yang mengelaskan serta menyediakan garis panduan bagi tahap perlindungan yang diberikan oleh perumah mekanikal dan kepungan elektrik terhadap pencerobohan, habuk, sentuhan tidak sengaja, dan air. Ia diterbitkan di Kesatuan Eropah oleh European Committee for Electrotechnical Standardization (CENELEC) sebagai EN 60529.
Piawaian ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci kepada pengguna berbanding istilah pemasaran yang kabur seperti "kalis air". Sebagai contoh, telefon bimbit yang dinilai sebagai IP67 adalah "kalis habuk" dan boleh "direndam di dalam 1 meter air tawar sehingga 30 minit". Begitu juga, soket elektrik dengan penarafan IP22 dilindungi daripada kemasukan jari dan tidak akan membahayakan pengguna semasa ujian tertentu apabila terdedah kepada titisan air secara menegak. Penarafan IP22 atau IP2X merupakan keperluan minimum biasa bagi reka bentuk aksesori elektrik untuk kegunaan dalaman.[2]
Angka-angka ini menunjukkan pematuhan terhadap syarat yang diringkaskan dalam jadual di bawah. Angka "0" digunakan jika tiada perlindungan disediakan. Digit tersebut akan digantikan dengan huruf "X" apabila data yang dikumpul tidak mencukupi untuk menetapkan tahap perlindungan. Walaupun prestasi peranti mungkin berkurangan (akibat pendedahan), ia tetap tidak seharusnya mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Tiada tanda sempang dalam kod IP standard. Oleh itu, IPX-8 (sebagai contoh) ialah kod IP yang tidak sah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Ingress Protection (IP) ratings". International Electrotechnical Commission (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 January 2026.
- ↑ "IP Rating - Ingress Protection Explained | Tansun". www.tansun.com. Dicapai pada 2024-05-08.