Monday, November 23, 2026

Mulut Tak Ada Insuran

 Dulu saya pernah dimalukan teruk sampai buat saya trauma dan sangat terluka. 

Masa saya pergi majlis kahwin adik sepupu saya yg jauh beza umur dari saya, mak dia cakap depan tetamu yg dia tengok saya ni lain, saya tak kawen lagi sebab badan saya ada jin, then dia cakap sebab tu la saya tak dapat kerja yang bagus sebab anak dia ada kerja yang bagus dan dapat kawen sebab anak dia tak ada jin. masa tu perasaan saya bercampur baur, malu betul saya masa tu sebab semua orang pandang saya. 

Dia cakap tu kuat tau sebab semua orang boleh dengar. Lepas tu saya ajak mak saya balik, sebab saya datang pun sebab mak saya ajak. Dalam perjalanan balik tu saya cakap dengan mak saya menyesal pergi situ dan kami bergaduh. Mak saya cuba bela adik ipar dia tu. Then lepas tu sampai sekarang saya tak jumpa dah dia and sumpah saya tak nak dah jumpa dia. Biarlah putus saudara sekalipun. Sebab apa yang dia cakap tu masih terngiang ngiang di telinga saya. Sampai saya tak suka pergi majlis kawen. Walaupun benda tu dah berlaku 7 tahun lepas. Tapi sangat meningalkan kesan pada saya sampai saya trauma. Dan saya pernah terfikir betul ke apa yang dia cakap? Sumpah rasa down betul masa tu.

Sedangkan saya tak kawen sebab saya pilih jaga family dan tak nak jauh dari mak saya dan nak selalu ada dengan family. Salah ke?

Tuesday, November 17, 2026

Belajar Memandu di bawah umur


 Dulu saya start belajar memandu masa usia saya 12 tahun, kat kampung. Arwah atok saya ada kereta Nissan Datsun 120y warna biru. Sebab saya sangat minat kereta, and arwah atok saya sangat sporting. Kat kampung ada 1 kawasan lapang, belakang dewan. Kat situlah arwah atok ajar saya memandu. Dan lepas tu bawa jalan2 kat jalan kawasan kampung. Sebab saya cepat sangat pandai drive. So masa form 1 saya dah boleh drive. Form 2 saya curi2 drive kereta abah saya, and dia selalu cakap minyak kreta dia cepat habis. Dulu kreta tu punya meter rosak, so tak tau dah berapa mileage kereta tu. Tapi minyak cepat habis. So dia pelik. Kereta Toyoto Corolla ke30.

Masa form 3, mak saya beli Perodua Kancil Ex850 colour hijau, and masa tu saya slalu drive curi2 keluar highway. Zaman dulu polis jpj tak banyak mcm sekarang, and lagi 1, kalau polis nampak budak2 bawa moto atau kereta pun dia tengok je. Masa form 5 pun saya selalu bawa kereta pg skolah, and saya jadi antara budak skolah yang famous. And masa tu pun ada awek. Sampai sekarang pun kereta tu ada lagi. And saya baru buat restoration kat kereta tu. Agak rabak jugalah sebab bukan sikit modal yang keluar. 

(Kereta Kancil hijau tu)

Dulu rasa segan sebab drive Kancil je, orang lain drive Honda, tapi bila dah umur uncle ni, rasa best bawa Kancil ni sebab rasa macam kembali ke zaman remaja dengan kereta ni.


Standard Kilang



My Late Bestfriend part 4

 Dulu, saya nak sangat support Glen, nak dia jadi photographer terkenal, banyak job. So saya buatkan dia name card, flyers and try untuk exposed pada umum. Tapi dia pun pemalu, kami pernah berselisih faham sebab saya dapatkan dia job tapi dia tolak. And saya macam merajuklah dengan dia, tapi dia tak gaduh pun dengan saya, cuma kami tak bertegur dalam beberapa bulan kot, tapi sumpah masa tu rasa kosong. So saya turunkan ego saya, and saya text dia and minta maaf. So hubungan kami baik semula. Itulah kali pertama dan terakhir kami ada perselisihan faham. 

7 Tahun dia memencilkan diri, dia balik ke kampung dan usahakan kebun family. Dan kami start jarang berbual even guna whatsapp. Pada mulanya saya ingat saya ada buat dia terasa hati atau saya ada salah cakap, tapi dia memang menjauhkan diri dari semua kawan kawan. Sampailah 1 hari saya dapat berita kematian dia. Saya sangat tak percaya. Saya berkali kali tanya dengan kawan saya, betul ke dia meningal. Saya menangis, saya rasa sangat bersalah. Saya tak tahu dia sakit dan tak ada pun dengan dia masa dia meningal. Apa makna Bestfriend kalau masa masa sukar tu saya tak ada? Sampai sekarang saya rasa bersalah. Dia kena stroke. and seminggu koma. Pun saya tak tahu. Hanya family dia je yang tahu.

And after that saya bagitau semua kawan kawan saya mahu kutip duit sedekah buat family dia, saya usahakan dan kemudian serahkan duit berjumlah Rm700 lebih, pada adik dia. Tu je la benda last saya boleh buat untuk dia. 

Sejak pemergian dia saya tak lupa pun kat dia, saya selalu ingat dia dan ada sekali tu saya mimpi, dia datang duduk sebelah saya dan masa tu saya dalam keadaan ada masalah, and dalam mimpi tu saya menangis bagitau dia saya ada masalah, dan dia cuma tengok saya dan senyum. Walaupun hanya dalam mimpi, tapi itu sudah cukup bermakna bila orang yang dah tak wujud kat dunia ni, muncul jumpa saya dalam mimpi.

Dulu kalau orang buli saya, buat jahat kat saya, selalunya saya akan mengadu dengan best friend saya ni. Tapi sekarang nak mengadu dengan siapa pun saya tak tahu, sebab tu la rasanya blog yang dah bertahun tak disentuh ini bernyawa kembali.

Wednesday, November 11, 2026

My Late Bestfriend part 3

Sambungan 

Satu-satunya orang yang puji hidung saya mancung ialah Glen.
Saya ingat lagi masa tu kitorang jalan nak masuk ke kawasan sekolah, rasanya masa form 5, kitorang sembang pasal hidung mancung, dia pun cakap, " mancung macam hidung kau? " padahal bagi saya hidung saya tak mancungpun. And saya cakap mana ada hidung saya mancung.
Tapi dia jawab "Daripada hidung aku?" Then kitorang ketawa....

Lepas tu Glen selalu cakap saya kaya. Dia cakap dia takde member yang kaya, saya je la... Padahal saya bukan kaya pun. Birthday kitorang bulan yang sama, tahun yang sama dan cuma beza 3 hari. So every year saya akan wish dia  sebab birthday dia je yang senang ingat, dan pernahlah beberapa kali sambut birthday sama2. Sekarang takde dah orang nak sambut birthday dengan saya. 

Glen selalu marah saya sebab saya suka membazir, suka beli benda bukan bukan, saya pernah beli bantal harga Rm199. Dia marah. And saya pernah janji nak bagi dia 1 bantal hotel, tapi tak sempat. 
Pernah sekali dia suruh saya telan bantal yang saya beli, sebab saya suka tukar2 bantal. Kalau nipis sikit je saya akan tukar.

Dulu masa zaman remaja saya suka join audition dan casting. Saya suka nyanyi dan berlakon, dapatlah juga pegang watak extra dan supporting tp Glen la satu satunya kawan yang sangat menyokong minat saya, dia tak pernah perlekehkan. Pernah sekali dia sangup tunggu saya sampai tengah malam sebab belum habis shooting, kalau orang lain, rasanya dah cakap bye....

Masa saya dapat kerja dengan Air Asia, saya tunjuk dia offer letter saya, dia peluk saya dan cakap Congrats. Sumpah dia satu satunya kawan yang pernah buat macam tu kat saya. Saya tak ramai kawan, so dulu saya banyak masa dengan Glen je. 

Setiap minggu kami akan ada plan, dan saya selalu tertunggu tunggu hari sabtu dan ahad sebab mesti ada je aktiviti dengan Glen. Sumpah sekarang dah tak ada kawan macam ni. Rasa kosong.... 

Tuesday, November 10, 2026

My Late Bestfriend part 2

 Glen ni sangat baik hati, saya ingat ada sekali tu, 1 of our school mate minta ambilkan photo pre wedding, and Glen ni memang ada DSLR camera, and dia memang minat la photography. So dia pun setuju, saya plak jadi assistant dia masa tu. Kitorang shoot dekat 3 jam juga kot, Berpindah pindah lokasi. Then lepas tu our school mate ni pun ajakla pegi makan. Masa makan tu our school mate ni pun bagilah sampul, nak tau tak? Glen refuse to take it, and dia bagi free je photoshoot pre wedding tu. siap dia edit lagi. 

Kalau kitorang jalan jalan kat mall, so tengok2 la barang, bila tengok harga mahal, dia akan cakap, "Kite tak mampu nak". Lepas tu ajak berlalu pergi dari situ. Sumpah lawak. Kadang2 kami lepak sampai jam 3 pagi, pusing2 habiskan minyak kereta dia. Kadang-kadang jam 5 pagi lagi dia dah ada depan rumah saya, sebab ajak pergi tengok sunrise ataupun jalan jalan jauh2. Selalunya akan pakai kereta dia. Family dia ni banyak kali tukar kereta. Saya ingat lagi masa 1st dia bawa kereta, dia drive Perodua Kembara warna Silver, lepas tu ada Wira Aeroback, Mazda (Tak tau nama), Pajero, Wira Sedan colour putih, Wira sedan colour gold, Isuzu Invader, Ford Ranger colour biru, Perodua Kembara warna purple. Dia sangat kelakar, dia boleh layan saya punya gila, lawak hambar saya dan tak pernah judge saya. 

Dia pernah cakap yang dia sangat sayang mak dia, and dia pernah cakap, dia tak nak tua. And betul betul jadi, dia meningal masa masih muda. Sumpah saya rasa sangat terkilan sebab tak ada dengan dia masa tu. 

Hampir sebulan saya tak boleh tidur lena sebab terlalu sedih kehilangan best friend saya ni. Terlalu banyak kenangan dengan dia. And kenangan tu saya tak akan lupakan.

My Late Bestfriend

 Dulu masa zaman sekolah saya ada 1 member bernama Glen Mason, kitorang 1 kelas dari form 3. Tapi mula mula kitorang tak rapat pun. Cuma berkawan biasa. Tapi sebab tingal 1 kawasan yang sama, so everyday kitorang akan balik naik mini bus sama-sama. So kitorang jadi agak rapat. Sebenarnya kitorang sekolah rendah sama-sama, but masa tu tak kawan lagi.. sebab dia kelas lain, saya kelas lain. Then lepas dah jadi rakan sekelas, hubungan persahabatan kami tu jadi makin rapat lepas habis sekolah, since rumah dia dekat dengan rumah saya, and kitorang kongsi minat yang sama iaitu kereta, so kitorang makin rapat. Saya dah pandai drive masa form 2, sebab masa umur 12 tahun arwah atok dah ajar saya drive. So masa form 3 pun saya dah curi2 drive kat jalan besar, and drive ke sekolah. I mean kadang kadangla. So dia akan selalu ambil saya kat rumah and kitorang jalan jalan, walaupun duit masa tu tak berapa nak ada, tapi kitorang tetap jalan jalan, share makanan, pusing-pusing mall, jalan tak tentu hala, bila ada duit sikit pergi pura pura kaya lepak cafe mahal dan makan sedap2. 

1 benda yang best tentang Glen ialah dia selalu susah untuk say NO bila saya ajak. And dia akan cuba sedaya upaya tunaikan. And dia la yang banyak tolong saya capai impian impian saya masa tu. Ada sekali tu kitorang ada duit lebih, so kitorang book hotel, masa tu opening hotel tu sebab baru buka, and got promotion, murah. So kitorang pun decide untuk holiday sama2. Sebab situ ada swimming pool. Tapi dia tak mandi pun, saya je yang balik balik terjun mandi. Masa tu lah saya rasa paling best moment sebab saya dapat cerita macam macam tentang life saya, apa yang saya simpan dan ianya jadi macam sesi curhat kami masa percutian kami tu. Nak jadi cerita jam 2 atau 3 pagi macam tu, dia pun dah mengantuk, saya pun dah hampir terlelap, tiba2 kami dengar bunyi orang menangis, seram juga tapi si Glen ni tak puas hati, dia cari la bunyi tu datang dari mana, Saya cakap macam baby nangis, dia cakap bukan. macam orang dewasa. Then tiba2 dia ketawa, dia letak telinga dia kat dinding lepas tu, dia cakap rupanya orang bilik sebelah tengah beromen. Kami terus ketawa dan tak jadi tidur, sebab dah spoil, rasa mengantuk pun hilang and sambung sembang. 

Kalau dengan Glen, saya boleh jadi diri sendiri, tyak perlu control, boleh jadi gila gila, boleh jadi pelawak and dia akan layan je. Kadang kadang saya pangil dia Nyah, kalau orang lain mesti dah marah, tapi dia tak, dia balas, "Ye nyah". Sumpah rindu. Kami sangat jarang berselisih faham, cuma sekali rasanya sepanjang persahabatan kami. Kalau dia marah dia banyak diam, Tapi marahnya tak lama. And dia paling menjaga hati saya.

Ada sekali tu saya pakai glasses dia and terlupa, tertingal dan terhilangkan, dia tak marahpun, tapi sebab saya rasa bersalah, saya gantikan semula glasses dia yang original. Tak beli pasar malam. Itulah friendship. Saya selalu cakap dengan dia yang dia bestfriens saya. Jalan pergi rumah dia tu agak teruk sebab kawasan kampong and ada hutan kecil. Kereta Myvi saya rendah, dia selalu larang saya untuk bawa kereta tu masuk kawasan rumah dia. So kalau saya ambil dia kat rumah dia, saya pakai 4x4. Tapi kalau dalam 10 kali kami jalan-jalan, mungkin sekali je saya akan ambil dia kat rumah dia, selebihnya dialah yang akan ambil saya kat rumah. Betapa baiknya Glen. Sampai saat ini selepas setahun 3 bulan dia pergi, saya masih tak ada kawan sebaik dia. 

Scope @ Hospital

 Baru baru ni saya mengalami sakit perut yang teruk, Mula-mula ingatkan gastric, tapi pada hari ke 4 sakit tu tak tertahan, so saya pergi la emergency malam2. Then bermulalah sesi kena cek dengan MA, Nurse dan Doctor. So lepas tu warded Seminggu. Masa warded tu ada 1 doctor lawo, kalau doctor2 lain ada sebelah dia, tercampaklah ek doctor2 lain tu sebab dia lawo sangat. Tapi bukan tu yang saya nak story kat sini. 

Lepas keluar wad, saya dapat temujanji buat scop. 

Then tibalah hari yang di nervous kan. Mula2 pergi bayar dulu, then daftar kat kaunter, dia pangil la masuk bilik, buat sesi interview tanya itu ini. Then nurse bagi pakaian, kena pakai kain sarung hospital tu, buka seluar dalam katanya. Malu juga la, tapi nak buat macam manakan. Tukar la kat toilet. Kemudian dipangil pulak untuk pasang jarum drip kat tangan. Lepas tu tunggu la turn kena panggil. 

Tibalah masa dipanggil. Rasanya doctor kot yang panggil, and lepas tu saya pun masukla bilik scope tu. 

Nurse suruh baring mengiring, and saya pun di pakaikan mesin sphygmomanometer untuk cek tekanan darah. Lepas tu dipakaikan nasal prong (oxygen kat hidung) dan Doctor cakap, ok kita start ya. Then saya tengokla screen kat atas sebab kononnya nak tengok keadaan dalaman badan saya. Then ada 1 lagi doc rasanya cakap kat saya, ok masuk ubat ya, then dia pun cucuk la ubat dlm syringe tu kat drip. Tak sampai 1 minit saya padam.... Takde rasa sakit, takde rasa digerakkan dan tak ada mimpi sekalipun. Sedarsedar dah kat wad, and dengar bunyi mesin monitor je beep beep beep. Saya try la buka mata perlahan lahan, and tengok sekeliling, nampakla nurse, lepas tu saya tidur balik. Masa tu saya still dipakaikan dengan nasal prong tadi dan sphygmomanometer. Tapi saya dan baring terlentang, bila saya ditelentangkanpun saya tak sedar. Tapi perut saya sangat sakit, kepala pun sakit, ditambah rasa pening.

Tak lama lepas tu saya dikejutkan lagi, nurse bukan nasal prong tadi dan juga sphygmomanometer, dan suruh saya duduk. Masa tu rasa macam dunia berpusing pusing. Saya baring semula dan tidur lagi. Bila sedar semula, mak saya ada kat depan saya. 

Rupanya bila kita dibius, terus akan jadi tak sedar semua termasuklah rasa kain yang diselak. Malunya kalau masa sedar keadaan itu berlaku. Dah la kita ni introvert . πŸ˜‚

Mulut Tak Ada Insuran