Wednesday, 11 April 2012

Kenangan Kita

Saat ini, aku keseorangan di bilik 243, Tingkat 3, Blok Masria, Kolej Canselor, UPM.

Esok, lusa dan hari-hari kemudiannya...entah di mana kaki ini akan melangkah..Namun, apa yang pasti ini ialah post terakhir aku di KC. Lepas ni, aku dah tak berkesempatan update blog dari kamar sementara ku ini. Sedih?? bOhonglah kalau aku kata tak sedih kan..Selepas 4 tahun, suka duka, tangis tawa bersama-sama. Terlalu indah untuk aku luahkan dalam bentuk kata-kata. Terlalu halus untuk aku karang menjadi sebuah ucapan. Terlalu sukar untuk aku ungkap dengan kata-kata. Cukuplah hati ini yang merasa dan mengalaminya. Jujur aku kata, perpisahan dengan teman sekelas di UPM ini adalah suatu saat yang terlalu sukar untuk aku luah, terlalu menusuk rasanya di hati. Boleh kata aku lebih sedih meninggalkan rakan-rakan di sini, melebihi sedih dari putus cinta yang dulu.huhu Tak sedih sangat putus cinta dulu sebab rasa 1 beban yang amat berat dah terlepas dari bahu. Tapi, sedih meninggalkan rakan-rakan mungkin sampai ke tua aku tetap rasa. :) 


Entah apa yang bakal kami lalui kelak..bagaimanalah keadaannya bila tak bergerak sama-sama seperti kebiasaannya. Sesuatu yang telah menjadi rutin hidup, sungguh amat sukar untuk diubah. Bagaimana mahu lari dari kebiasaan. Namun, hidup ini tiada istilah 'PAUSE' atau 'FORWARD' atau 'BACKWARD'. Tapi, yang ada hanyalah suatu jalan lurus yang telah tertulis atas takdir Illahi yang perlu dilalui. Segala yang indah telah aku lalui di Kampus Hijau ini..segala macam rasa telah aku teroka di sini..hinggalah ke saat-saat terakhir kaki melangkah pergi dari sini, masih sempat satu rasa tercipta dalam lubuk yang paling dalam di hati ku. Biarlah rasa itu aku simpan. Sampai saat bila rasa itu pudar..ia akan pergi sendiri tanpa perlu aku paksa. Cukup indah hanya seketika.

PBMP 08/12 FPP,UPM.
Kalian, merupakan secebis memori indah yang telah pun terbentuk dari selembar kisah hidup aku. Kalian sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Saat kita diterima masuk ke sini, sudah tercatat kita akan bersama dalam segala jerih perih hidup sebagai seorang mahasiswa. Cukup unik persahabatan kita. Memang zahirnya kita kelihatan lemah, tapi secara dalamannya kita kuat bersatu dalam jiwa yang amat lembut. Mengikut apa yang ditunjuk. Patuh apa yang diarah. Kalian amat polos bagi ku. Kalian teman-teman yang baik. Itu harus aku akui. Semoga kita terus bersama dalam muda, dewasa dan tua. Moga aku punya kesempatan untuk melihat kalian berganjak meniti tangga-tangga kehidupan. Aku akan turut rasa bahagia melihat kalian bahagia. Doa aku akan ada wajah-wajah kalian. Moga kalian turut begitu. Kita adalah hasil dari tangan-tangan yang HEBAT. Semoga kita terus mewarisi kehebatan guru-guru kita. Insya'Allah.

Moga bahagia mengiringi hidup kalian. Insya'Allah. Sayang kalian kerana Allah. :)

Monday, 19 March 2012

Monday, 12 March 2012

Hanya?





R.I.N.D.U

:)

Rindu zaman sekolah
zaman 'ada apa dengan cinta'
zaman dunia khayalku
hehehe
setiap orang ada kisahnya bukan?
salah 1 lagu yang beri ilham kalau nak menulis.

Sunday, 11 March 2012

Sakit Itu Rahmat

Assalamualaikum..



Lama rasanya tak aku luah perasaan dalam blog lapuk aku ni. Entry terakhir yang aku tulis, sebelum balik upm hari tu. Sekarang dah nak masuk minggu yang ke-4.Cukup pantas waktu berjalan. Pejam celik dah nak sebulan. Terlalu banyak dugaan yang aku lalui untuk sem kali ni. Mana dengan roomate lagi..rumah sewa lagi..kesihatan aku yang turun naik...macam-macam lagi laa..Rasa macam tak kuat pulak nak lalui hari-hari terakhir di UPM ni..kalau boleh, untuk hari-hari terakhir aku di UPM sebelum berpraktikal di Melaka..aku nak lalui hari-hari tu dengan senyum dan tawa..tapi siapalah kita kan. Hanya Dia sebaik-baik perancang. Siapalah aku untuk mengeluh dengan setiap ujian yang Dia berikan...



Minggu lepas macam dah boleh jadi minggu air mata untuk aku..hehe Sedih waktu dinner pbmp masih tak puas aku lap..menangis dengan sakit pulak..hehe Nak jadi cerita lepas balik dari Jengka, Pahang, lepas tu pergi survey rumah dekat Melaka..aku demam+batuk+sakit tekak..sehari-sehari tak baik-baik jugak sakit aku..sampailah seminggu..Makan ubat pon tak berkurang..Rupa-rupanya tekak dah kena infection. Sebab tu lambat baik. Tapi masalah badan aku ni, memang dah lama aku perasan. Aku mudah kena infection tak kira lah sakit apa pun. Padahal sakit tu takdelah teruk sangat. Dulu waktu bibir aku kering, pun kena infection jugak. Sampai Doktor ingat aku buat yang bukan2 pulak. Haishhh... Bila dah sakit-sakit macam ni, mula lah aku terfikir..kalau tak de abang Mer, atau family aku..ada ke orang yang nak jaga aku sebaik ahli keluarga aku. Kalau aku ada suami, sanggup ke dia jaga aku dalam keadaan aku yang sakit teruk camni. Wallahualam...kalau ada Alhamdulillah...kalau tak de..kena balik rumah suh Mak yang jaga..hehehe



Persoalan hati masih terus menjadi persoalan..Biarlah buat seketika atau mungkin sampai bila-bila..aku dah pasrah...hehe Malas dah nak difikir-fikir lagi.. Buat masa ni nak teruskan hidup seperti biasa...nak lalui hari-hari yang semakin mencabar ni dengan tenang dan damai..semoga aku terus kuat dan dapat bertahan hingga ke akhirnya..semoga kesihatan aku bertambah baik.. Ameen... :)


Monday, 20 February 2012

Senyum untuk malam ini'1

Tolong ingatkan aku...
Tolong ingatkan aku yang aku dah pun kembali ke kampus hijau..
Entah apa yang bakal aku hadapi lagi..
Jujur..aku tak mahu bayangkan..
Jujur..aku tak mahu meneka..
Biar aku lalui secara semulajadi..
Tiada paksaan..
Tiada desakan..
Tiada tekanan..
Biarkan kaki kau melangkah mengikut apa yang kau rasa.
Cukup untuk sekali ini..
Beri ruang untuk diri kau sendiri..
Beri ruang untuk ruang hati kau bernafas bebas..
Beri ruang untuk minda kau berfungsi mengikut apa yang difikirkannya..
Biarkan bibir kau mengukir senyum mekar semekarnya..
Biar mata kau bersinar indah bagai rembulan kala malam menjelma..
Biar tawa meniti setiap telinga-telinga yang singgah di mimpi hidupmu..
Biar tangan kau menyapa ramah hati-hati mereka yang pernah kau sakiti..
Biar bait-bait kata kau menggetar rasa kalbu mereka..
Biar setiap ungkapan yang lahir dari bibirmu menenangkan setiap yang menjengah..
Teruslah berjuang..
Teruslah berdiri dengan tunduk ke bumi..
Teruslah menyiram air mawar ke hati mu..
Teruslah bahagiakan dirimu..
Dan untuk itu kau tidak akan pernah mengalah.
Janji untuk aku itu.

Thursday, 9 February 2012

Laut???




Cantik kan??? :P Cuba korang teka kat mana tempat ni? huhu Kalau nak tawu, tempat ni dekat dengan rumah aku. Pecaye tak? hahaha Umur dah masuk 24 tahun baru aku sedar rumah aku dekat dengan tempat cantik camni. Poor me! Tapi yang paling penting aku dah tawu pantai mana yang aku akan tuju lepas ni. :) Awal-awal turun kereta dan hidung aku dapat hidu bau masin laut, aku jerittt..hehe Macam tak percaya aku dapat tengok laut tapi aku masih dekat dengan rumah.  Bila turun dari kereta dan nampak air laut..senyum sampai telinga lah kan.hehe pastu mulalah buat perangai macam aku bukan tinggal kat kawasan tu gak.Excited yang amat!hahaha


Tuesday, 7 February 2012

Nak Lari Mana Ntah

Padan Muka!
Len kali ko lari la lagi..
Lari jauh-jauh...
Sekarang cane?
Hmm....What to do?
:(
Boleh tak nak start kelas sekarang? Tak payah nak cuti-cuti laa...
Nak start Buzy balikkkk...
Uwwaaaaa.....