Palawan
Palawan | |
|---|---|
Peta Mimaropa dengan Palawan dipaparkan | |
![]() | |
Lokasi di Filipina | |
| Koordinat: 10°00′U 118°50′T / 10°U 118.83°T | |
| Negara | Filipina |
| Daerah | Mimaropa (Daerah IV-B) |
| Barangay | 433 |
| Tarikh asas | 1818 |
| Kerajaan | |
| • Ketua | Jose Alvarez |
| • Pengundi | 787,755 (23 Januari 2025) |
| Keluasan | |
• Jumlah | 14,649.73 km2 (5,656.29 batu persegi) |
| Penduduk | |
• Jumlah | 968,795 |
| • Kepadatan | 66/km2 (170/batu persegi) |
| • Bilangan rumah | 230,836 |
| • Demonim | paragüeño palahueño Palaweño Palawenyo paragüeña palahueña paragüense |
| Ekonomi | |
| • Kelas pendapatan | pendapatan kelas pertama wilayah |
| • Kadar kemiskinan | 15.80 peratus% (2023)[3] |
| Zon waktu | UTC+8 (UTC+08:00) |
| PSGC | 175300000 |
| Kod kawasan | +63 (0)48 |
| Jenis iklim | iklim tropika |
| Bahasa peribumi | bahasa Filipino |
| Tapak sesawang | www |
Palawan merupakan sebuah wilayah yang terletak di Filipina. Wilayah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 968,795. Ibu kotanya ialah Puerto Princesa. Ia mempunyai luas 14,649.73 kilometer persegi. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)48.
Palawan ialah sebuah wilayah pulau Filipina yang terletak di rantau MIMAROPA. Palawan yang pusat pentadbirannya di Bandaraya Puerto Princesa, ialah wilayah terbesar di negara dari segi keluasan bidang kuasa. Kepulauan Palawan terletak di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu, dari Mindoro di timur laut hingga Borneo di barat daya. Wilayah ini dinamakan sempena pulau terbesarnya, iaitu Pulau Palawan yang berukuran panjang 450 kilometer (280 bt) dan lebar 50 kilometer (31 bt).[4][5]
Palawan terdiri daripada Pulau Palawan yang panjang dan tirus, dikelilingi oleh sebilangan pulau-pulau kecil. Kepulauan Calamian di barat laut terdiri daripada Pulau Busuanga, Pulau Culion, dan Pulau Coron. Pulau Durangan dekat sekali dengan pantai paling barat di Pulau Palawan, manakala Pulau Balabac terletak berhampiran hujung selatannya, terpisah dari Borneo oleh Selat Balabac. Selain itu, wilayah Palawan meliputi Kepulauan Cuyo di Laut Sulu. Wilayah pertikaian Kepulauan Spratly yang terletak beberapa ratus kilometer di barat dituntut oleh Filipina, sebagai sebahagian wilayah Palawan yang bernama Kepulauan Kalayaan.
Garis tepi laut Palawan yang berukuran lebih kurang 2,000 kilometer (1,200 bt) ditandai oleh lebih kurang 1,780 buah pulau, suak batu, dan pantai pasir seputih gula. Wilayah ini juga menempatkan sebidang luas hutan dara yang meliputi serantaian banjaran gunung yang mencapai ketinggian purata 3,500 kaki (1,100 m), dengan puncak tertingginya pada ketinggian 6,843 kaki (2,086 m)[5] di Pulau Matalingahan. Kawasan pergunungan yang luas inilah yang menjadi sumber kayu balak yang bernilai. Rupa buminya menggabungkan dataran pantai, bukit kaki berceracak, delta lembah, dan hutan tebal yang ditaburi jalan-jalan pengairan.[4]
Ia terdiri daripada bandar dan perbandaran:
Demografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Pend. | ±% p.a. |
|---|---|---|
| 1903 | 35,696 | — |
| 1918 | 69,053 | +4.50% |
| 1939 | 93,673 | +1.46% |
| 1948 | 106,269 | +1.41% |
| 1960 | 162,669 | +3.61% |
| 1970 | 198,861 | +2.03% |
| 1975 | 254,356 | +5.06% |
| 1980 | 311,548 | +4.14% |
| 1990 | 436,140 | +3.42% |
| 1995 | 510,909 | +3.01% |
| 2000 | 593,500 | +3.26% |
| 2007 | 682,152 | +1.94% |
| 2010 | 771,667 | +4.59% |
| 2015 | 849,469 | +1.85% |
| 2020 | 939,594 | +2.15% |
| 2024 | 968,795 | +0.74% |
| Ref: Lembaga Perangkaan Filipina [6] [7] [8] | ||
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Kadar kemiskinan di Palawan
25.91
52.00
35.18
30.87
20.00
12.61
8.21
9.40
Sumber: Pihak Berkuasa Statistik Filipina[9][10][11][12][13][14][15][16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Province: Palawan". PSGC Interactive. Bandar Quezon, Filipina: Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 12 November 2016.
- ↑
Census of Population (2020). "MIMAROPA". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Dicapai pada 8 Julai 2021.
{{cite encyclopedia}}: CS1 maint: numeric names: authors list (link) - ↑ "11 out of 18 Regions Recorded Significant Decreases in Poverty Incidence in 2023". Philippine Statistics Authority. 15 Ogos 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2025. Dicapai pada 7 Februari 2026.
- 1 2 WowPhilippines:Palawan - the Philippines' Last Frontier. Dicapai pada 27 Ogos 2008.
- 1 2 MSN Encarta: Palawan Diarkibkan 2008-07-25 di Wayback Machine. Dicapai pada 5 September 2008.
- ↑
Census of Population (2015). "Region IV-B (Mimaropa)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Dicapai pada 20 Jun 2016.
{{cite encyclopedia}}: CS1 maint: numeric names: authors list (link) - ↑
Census of Population and Housing (2010). "Region IV-B (Mimaropa)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. NSO. Dicapai pada 29 Jun 2016.
{{cite encyclopedia}}: CS1 maint: numeric names: authors list (link) - ↑
Censuses of Population (1903–2007). "Region IV-B (Mimaropa)". Table 1. Population Enumerated in Various Censuses by Province/Highly Urbanized City: 1903 to 2007. NSO.
{{cite encyclopedia}}: CS1 maint: numeric names: authors list (link) CS1 maint: url-status (link) - ↑ "Poverty incidence (PI):". Philippine Statistics Authority. Dicapai pada December 28, 2020.
- ↑ "Estimation of Local Poverty in the Philippines" (PDF). Philippine Statistics Authority. 29 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Februari 2021. Dicapai pada 4 Ogos 2012.
- ↑ "2003 Small Area Estimates of Poverty (Full Report)" (PDF). Philippine Statistics Authority. 11 Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Mei 2025. Dicapai pada 4 Ogos 2012.
- ↑ "2006 City and Municipal Level Poverty Estimates". Philippine Statistics Authority. 3 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2025. Dicapai pada 4 Ogos 2012.
- ↑ "PSA Releases the 2012 Municipal and City Level Poverty Estimates". Philippine Statistics Authority. 31 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2019. Dicapai pada 1 Jun 2016.
- ↑ "Updated 2015 and 2018 Full Year Official Poverty Statistics". Philippine Statistics Authority. 4 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2025. Dicapai pada 16 Disember 2021.
- ↑ "Updated 2015 and 2018 Full Year Official Poverty Statistics". Philippine Statistics Authority. 4 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2025. Dicapai pada 16 Disember 2021.
- ↑ "Proportion of Poor Filipinos was Recorded at 18.1 Percent in 2021". Philippine Statistics Authority. 15 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2023. Dicapai pada 3 April 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ocean Heritage Philippines - Marine conservation
- PhilAtlas.com
- Philippine Standard Geographic Code
- Philippine Census Information
- Local Governance Performance Management System
- www
.palawan .gov .ph
