Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 445,441 buah rencana.
Tarikh: Jumaat, 13 November 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Batu Bersurat Pagaruyung I merupakan antara warisan sejarah peninggalan zaman pemerintahan Raja Adityawarman di wilayah Malayapura (Kerajaan Pagaruyung), Sumatera Barat. Ia dianggap sebagai antara bukti epigrafi terpenting dari zaman Melayu Kuno pada abad ke-14 Masihi. Dipahat pada batu pasir berwarna perang kekuningan berbentuk segi empat yang berdiri tegak, batu bersurat ini ditulis menggunakan tulisan Pasca-Pallawa Sumatera dalam dua bahasa, iaitu Sanskrit dan Melayu Kuno. Berdasarkan candra sangkala (kronogram) wasur mmuni bhuja sthalam, ia bertarikh pada tahun 1278 Saka (1356 Masihi).
Batu bersurat ini pada asalnya ditemui di kawasan Bukit Gombak, Nagari Baringin, Kecamatan Lima Kaum, Kabupaten Tanah Datar, sebelum dipindahkan ke kawasan yang kini dikenali sebagai Kompleks Prasasti Adityawarman. Kompleks ini terletak di kawasan Gudam, Nagari Pagaruyung, Kecamatan Tanjung Emas, Kabupaten Tanah Datar; ia berada di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Pagaruyung dengan Batusangkar. Di dalam kompleks tersebut, terdapat beberapa buah batu bersurat yang disusun sebaris dan ditandakan dengan nombor siri Pagaruyung I hingga Pagaruyung VIII. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Satu tembakan beramai-ramai di Dataran Utama (gambar) di Kraków, Poland, menyebabkan enam orang maut dan enam belas orang lagi cedera.
- Presiden Paraguay, Santiago Peña telah dipecat daripada jawatan, ditangkap, dan digantikan oleh Naib Presiden Pedro Alliana di tengah-tengah krisis perbankan yang melibatkan Ueno Bank.
- Di Amerika Syarikat, Parti Demokrat memenangi majoriti dalam kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat pada pilihan raya pertengahan penggal.
- Dalam sukan permotoran, Kimi Antonelli menjadi pemenang termuda dalam Kejohanan Dunia Formula Satu.
Tahukah anda...

- "... bahawa nama Volkswagen Beetle cuma digunakan secara rasmi oleh Volkswagen lama setelah ia digunakan ramai?"
- ... bahawa genus bagi halia yang digunakan dalam masakan ialah Zingiber yang merupakan genus asli di Asia Tenggara, China, Subbenua India, dan New Guinea?
- "... bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?"
- ... bahawa di dalam Minggu Suci, terdapat hari-hari berbeza yang diraikan oleh penganut Kristian seperti Ahad Palma, Khamis Suci dan Jumaat Agung?
- "... bahawa Piala FA Inggeris ialah kejohanan bola sepak tertua di dunia?"
Hari ini dalam sejarah
- 1887 – Tunjuk perasaan Ahad Berdarah terjadi di Dataran Trafalgar, London.
- 1970 – Siklon Bhola melanda kawasan Delta Ganges di Pakistan Timur (kini Bangladesh), meragut kira-kira 500,000 nyawa.
- 1982 – Tugu Peringatan Bekas Perajurit Vietnam didedikasikan di Washington, D.C.
- 1985 – Gunung berapi Nevado del Ruiz (gambar) meletus, menyebabkan limpahan lahar yang menenggelamkan Armero, Colombia, mengorbankan kira-kira 23,000 orang.
- 2000 – Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina yang pertama didakwa selepas dituduh menerima rasuah sebanyak 400 juta peso.
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Brunei • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
| Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 16.6 | 445,441 | 1,197,054 | 6,989,819 | 419,217 (1,815 aktif) | 15 | 17,902 |
- Perbaiki kandungan